Sunday, August 23, 2009

Exco Kedah keluar PKR, sokong PM

Ogos 23, 09 12:42pm
kemaskini 2.34pm ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."

Menurut Bernama, Mohd Radzhi berkata keputusannya sebagai menyatakan sokongan pada tindakan pembubaran bahagian tersebut seperti diumumkan oleh Jamaludin.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas," beliau dipetik berkata.

Tambahnya, seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian berkenaan menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," kata Mohd Radzhi lagi.

Beliau juga dilaporkan berkata, walaupun meninggalkan PKR, beliau akan terus berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu, "di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan perdana menteri".

Beliau akan terus kekal dengan jawatan exco pelancongan Kedah kerana soal pelantikan exco negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah, lapor agensi berita itu lagi.

Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.

Tuesday, August 18, 2009

Perangai Pas pelik tapi benar

*BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

*Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

*Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

*Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

*Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

*Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

*Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

*Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

*Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

*Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.

Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

*Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

utusan malaysia

Saturday, August 15, 2009




calun prk permatang pasir

BN:lawan jangan tak lawan





Penduduk Permatang Pasir mahu perubahan




apa pun jangan dok tak pa

Friday, August 7, 2009

biadapnya pemuda DAP

KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman bloghttp://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009


Sunday, July 26, 2009

DAP PUNCA PERPECAHAN UMAT ISLAM MALAYSIA

SIAPAKAH PUNCA PERPECAHAN UMAT ISLAM DAN SIAPAKAH YANG MENDAPAT UNTUNG...???
1. SALAM UNTUK SEMUA PEMBACA SEMOGA HUJAH YANG DIBAWA DAPAT MENYATUKAN KITA UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI... PENYATUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA BUKANLAH UNTUK MENINDAS PENGANUT AGAMA LAIN MALAHAN BERSAMA-SAMA HIDUP DALAM AMAN DAN DAMAI MEMBANGUNKAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI...
2. SEJAK KEBELAKANG INI, KITA TELAH MELIHAT PELBAGAI KEMELUT POLITIK TIMBUL DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA SEHINGGAKAN KITA SUDAH BOSAN MENDENGAR CERITA-CERITA POLITIK YANG DIBAWA OLEH PARTI-PARTI POLITIK KHASNYA DARI PAKATAN PEMBANGKANG...
3. KEMUNCAK KEMELUT YANG MEMBAWA PERPECAHAN UMAT ISLAM IALAH KRISIS POLITIK DI PERAK. SEJARAH KEMELUT POLITIK DI PERAK BERMULA SEJAK BULAN MAC 2008 DIMANA DAP DAN PARTI PAKATAN RAKYAT BERJAYA MENIDAKKAN MAORITI DUA PERTIGA BN/UMNO DALAM DUN PERAK...
4. PADA PERINGKAT AWALNYA, DAP MENDESAK UNTUK MELETAKKAN SALAH SEORANG ADUN DAP SEBAGAI CALON MB TETAPI UNDANG-UNDANG TUBUH DUN PERAK TIDAK MEMPERUNTUKKAN BUKAN MELAYU SEBAGAI MB...
5. INI MENYEBABKAN PERLANTIKAN MB TERPAKSA DILAKUKAN DENGAN MELANTIK SALAH SEORANG ADUN MELAYU YANG ADA DALAM PAKATAN RAKYAT DAN SELEPAS PERUNDINGAN DAP, PAS DAN PKR DIADAKAN DI PANGKOR ATAU DIKENALI SEBAGAI “PERJANJIAN PANGKOR II” MAKA DAP BERSETUJU NIZAR JAMALUDDIN DILANTIK SEBAGAI MB PERAK... SEBELUM PERSETUJUAN DIBERIKAN SEMUA ADUN DAP PERAK MEMULAUKAN MAJLIS PERLANTIKAN NIZAR DAN INI MENCETUSKAN KEKELIRUAN DALAM POLITIK PERAK KETIKA ITU...
6. MENURUT ABANG NIZAR SENDIRI, NIZAR SEBENARNYA TIDAK LAYAK MENJADI MB PERAK KERANA BERSETUJU DENGAN DAP DI MANA PAS TIDAK AKAN MENEGAKKAN APA-APA HUKUM ALLAH DI BUMI PERAK DAN TIDAK AKAN MENYEBUT PERKATAAN HUDUD ATAU HUKUM ISLAM SELAMA DIA MENJADI MB PERAK...
7. KENYATAAN INI DIBUKTIKAN SENDIRI OLEH NIZAR DALAM SOAL JAWAB DALAM SIDANG DUN PERAK TAHUN 2008 DI MANA BELIAU MENCABAR ADUN UMNO MEMBUKTIKAN JIKALAU TERDAPAT KENYATAAN, MEMO ATAU BUKTI BERTULIS DALAM PERLEMBAGAAN PAS BAHAWA PAS AKAN MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM DI PERAK ATAU MALAYSIA...
8. DENGAN KUASA ALLAH SWT... PENIPUAN DAN KENYATAAN MUNAFIK PEMIMPIN PAS INI DIBALAS DENGAN PENGUMUMAN KELUAR 3 ADUN DARI PKR DAN DAP DAN TINDAKAN MEREKA INI MENYEBABKAN BN MEMERINTAH SEMULA KERAJAAN NEGERI PERAK...
9. BERMULA DARI SITULAH, DAP TELAH MEMPENGARUHI NIZAR JAMALUDDIN UNTUK MENGERAH PENYOKONG PAS MENUNJUK PERASAAN DI HADAPAN ISTANA DAN MENGHALANG KENDERAAN RASMI KERABAT DI RAJA...
10. TETAPI NIZAR TIDAK FAHAM MENGAPA BERLAKUNYA PERPINDAHAN 2 ADUN PKR DARI PR... ISU PEMBERIAN TANAH 999 TAHUN KEPADA PENDUDUK CINA DAN PEMBERIAN PROJEK YANG MENGUNTUNGKAN DAP DAN KESOMBONGAN SERTA KEANGKUHAN PEMIMPIN DAP DALAM MESYUARAT KERAJAAN NEGERI DAN EXCO TELAH MENYEBABKAN MEREKA INI HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP PR... HANYA NIZAR YANG MASIH TIDAK SEDARKAN DIRI...
11. TIDAK CUKUP DENGAN INSIDEN TUNJUK PERASAAN DI ISTANA RAJA, NIZAR MENGADAKAN ROAD SHOW DISELURUH NEGERI PERAK DAN MEMBERI CERAMAH DI KAWASAN MELAYU DAN CINA UNTUK MENAGIH SIMPATI... NIZAR BERJAYA MENDAPAT SIMPATI DI KAWASAN CINA TAPI GAGAL DI KAWASAN MELAYU...
12. DALAM KESIBUKAN MENDAPATKAN KEMBALI KERUSI MB PERAK NIZAR TELAH DILARIKAN AKIDAHNYA SEBAGAI SEORANG ISLAM OLEH DAP DENGAN MENYERTAI PROTES MENDESAK PEMBUBARAN DUN PERAK... BELIAU MENYERU RAKYAT MENYERTAI BELIAU DALAM MOGOK LAPAR (KEMUDIAN DITUKAR KEPADA PUASA SUNAT), MEMEGANG LILIN DALAM PROTES DUN PERAK DAN TERBARU BERTAFAKUR DALAM MAJLIS MEMPERINGATI KEMATIAN TEOH BENG HOCK...
13. SEHINGGA KINI NIZAR TELAH HANYUT DALAM LAMUNAN DAN DENDANGAN SYAIR DAP SUPAYA TERUS MENETANG BN/UMNO DALAM ISU DUN PERAK... NIZAR TIDAK SEDAR TINDAKAN BELIAU TELAH MENYEBABKAN UMAT ISLAM BERPECAH...
14. APALAH SALAHNYA NIZAR DUDUK DAN BERFIKIR SEJENAK ADAKAH APA YANG DILAKUKAN INI BERFAEDAH UNTUK UMAT ISLAM ATAU UNTUK KEPENTINGAN DAP YANG TERANG-TERANG MENENTANG ISLAM...
15. ADAKAH NIZAR SUDAH LUPA BAHAWA SETIAP YANG BERLAKU DALAM KEHIDUPAN KITA INI ADALAH ATAS KEHENDAK ALLAH???
16. TIDAKKAH NIZAR SEDAR BELIAU SEPATUTNYA BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG BERIMAN DAN BERAGAMA ISLAM BERBANDING BERSENGKOKOL DENGAN DAP YANG AKAN MENINGGALKANNYA SEKIRANYA DAP MEMPUNYAI CALON ADUN MELAYU UNTUK DILANTIK MENJADI MB PERAK???
17. NIZAR MUNGKIN SUDAH LUPA PERINGATAN ALLAH BAHAWA ALLAH MENGETAHUI NIAT SETIAP HAMBANYA DAN ALLAH MEMBALAS SEGALA USAHA BERDASARKAN NIAT IKHLAS DI HATINYA...
18. MENGAPA NIZAR TIDAK MEMENTINGKAN KEUTUHAN UMMAH ISLAM BERBANDING MENJAGA KEPENTINGAN DAP SEMATA-MATA... TIDAK TAKUTKAH NIZAR ATAS TINDAKANNYA MENYEBABKAN UMAT ISLAM BERPECAH???
19. KALAU KITA MENINJAU PERKEMBANGAN DI SELANGOR, PEMBONGKARAN MENGENAI SALAH LAKU DAN PENYELEWENGAN KUASA YANG DILAKUKAN OLEH DAP SEMAKIN JELAS DAN YANG MEMILUKAN HATI PEMIMPIN PAS DI SELANGOR HANYA MEMBISU MELIHAT KERANGKUSAN PEMIMPIN DAP MENELAN SEGALA KEKAYAAN SELANGOR DAN TERPAKU MELIHAT SEMAKIN BANYAK RUMAH URUT, PELACURAN DAN SEBAGAINYA SEMAKIN BERCAMBAH TANPA KAWALAN...
20. KALAU SEBELUM INI PAS SELANGOR BERJANJI AKAN MENEGAKKAN ISLAM DI SELANGOR TAPI APAKAH YANG MEREKA TEGAKKAN???
21. SEMUA AHLI DAN PEMIMPIN PAS TERTIPU DENGAN LAKONAN DAP BERKAITAN PEMAHAMAN MEREKA DALAM ISLAM...
22. BERMULA DENGAN PENGAKUAN LIM GUAN ENG YANG MAHU MENJADIKAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZI SEBAGAI IIDOLANYA DALAM TUGAS SEBAGAI KETUA MENTERI DAN PEMBACAAN AYAT SUCI AL-QURAAN OLEH YB NGA DI PERAK...SEMUA AHLI DAN PEMIMPIN PAS MELAUNGKAN TAKBIR DAN MENGATAKAN USAHA MEREKA UNTUK METALBIAH DAP SUDAH BERKESAN???
23. TAHUKAH AHLI DAN PEMIMPIN PAS BAHAWA MENTOR DAP IAITU PEMIMPIN PAP DI SINGAPURA IATU LEE KUAN YEW ADALAH SEORANG YANG FASIH BERBAHASA MELAYU DAN PANDAI JAWI TETAPI SEHINGGA SEKARANG DIA TIDAK MEMELUK ISLAM???
24. ITULAH TAKTIK YANG DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN DAP UNTUK MEMUJUK DAN MENARIK SOKONGAN PENGUNDI MELAYU DI MALAYSIA INI SETELAH MELIHAT TAKTIK YANG DILAKUKAN OLEH LEE KUAN YEW MENJADI DI SINGAPURA ...MALANGNYA PEMIMPIN PAS SUDAH DIBUTAKAN HATI MEREKA UNTUK MELIHAT KEBENARAN...
25. UNTUK MAKLUMAN PAS, MUSUH SEBENAR ISLAM BUKANLAH UMNO KERANA AHLI UMNO SENDIRI BERAGAMA ISLAM DAN MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH SEPERTI AHLI PAS... KIBLAT YANG SAMA, SEMBAHYANG YANG SAMA DAN KITAB YANG SAMA...
26. MUSUH SEBENAR ISLAM DI MALAYSIA IALAH DAP!!!
27. SEKIRANYA INI MASIH DITOLAK OLEH PEMIMPIN DAN AHLI PAS MAKA TUNGGULAH DISAAT DIMANA MEREKA AKAN DIPERMAINKAN DAN KETENTUAN ALLAH AKAN TURUN KE ATAS MEREKA...
28. NASIHAT UNTUK PAS... ISLAM BUKAN MILIK PAS .. ISLAM ADALAH MILIK SEMUA UMAT ISLAM DAN MEREKA YANG DIREDHAI OLEH ALLAH...
29. ADALAH LEBIH BAIK SEKIRANYA PAS BERSAMA-SAMA UMNO MEMBANGUNKAN ISLAM DI MALAYSIA INI SEBAGAI ISLAM JANGANLAH KITA MELETAKKAN KEPENTINGAN DUNIA DI HADAPAN KITA TETAPI DAHULUILAH SURUHAN ALLAH MENGATASI SEGALANYA...


Petikan dari tunjang langit

Thursday, July 23, 2009

Wednesday, July 22, 2009

NIZAR BERTAFAKUR DALAM MAJLIS MEMPERINGATI KEMATIAN TEOH: DEWAN ULAMA PAS BERSUARA


NIZAR BERTAFAKUR DALAM MAJLIS MEMPERINGATI KEMATIAN TEOH: DEWAN ULAMA PAS BERSUARA
KLIK SINI: Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas
1. DALAM KENYATAAN AKHBAR YANG DIADAKAN, KETUA DEWAN ULAMA PAS DATUK HARUN TAIB BERKATA BAHAWA:
“ Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan... Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu... “Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?”
2. DEWAN ULAMA PAS TIDAK PULA MEMBERI ULASAN TERHADAP TINDAKAN SALAHUDIN AYUB DAN BEBERAPA PERSURUHJAYA NEGERI PAS YANG HADIR DALAM MAJLIS PENGHORMATAN TERAKHIR MAYAT SI MATI DI MELAKA DENGAN MELAKUKAN UPACARA KEAGAMAAN BUDDHA SEPERTI BERDIRI DAN TUNDUK DIHADAPAN NYALAAN COLOK DAN GAMBAR SI MATI???
3. WALAU APA ALASAN YANG DIBERIKAN OLEH KEPIMPINAN DEWAN ULAMA PAS ATAS TINDAKAN PEMIMPIN PAS DALAM SOAL PENYELEWENGAN AKIDAH UMAT ISLAM... KESALAHAN TELAH DILAKUKAN BUKANNYA DENGAN MEMBERI ALASAN SEPERTI “ SEPATUTNYA TIDAK HADIR PADA MAJLIS TERSEBUT”...
4. WAHAI PEMIMPIN PAS YANG MENGAKU ULAMA, JANGANLAH KERANA MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN DUNIA DENGAN MENOLAK KEMURNIAAN AGAMA ISLAM...
5. KEPADA AHLI DAN PENYOKONG PAS, SEDARLAH TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH NIZAR DAN SALAHUDDIN AYUB ITU SERTA BEBERAPA PEMIMPIN ISLAM PAS DAN PKR YANG TURUT HADIR DALAM KEDUA MAJLIS TERSEBUT ADALAH SALAH DARI SEGI ADAB AGAMA ISLAM DAN BOLEH MENGUGAT KEDUDUKAN KEIMANAN SESEORANG ISLAM ITU SENDIRI...
ADAKAH PAS PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM ATAU MELIBERALISASIKAN ISLAM ITU SENDIRI





PETIKAN DARI TUNJANGLANGIT

PAS serah pada Dewan Ulama tentukan tindakan Nizar






RANTAU PANJANG: Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama PAS untuk kemukakan sebarang pandangan.
"Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama PAS untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.
Di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas tindakan Nizar itu.
Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.
Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.
"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim. BERNAMA
inilah sikap sebenar ulama pas takut untuk menyatakan tentang kebenaran


Saturday, July 18, 2009

Dr Asri tegur sikap PAS cerca orang lain kerana perbezaan pendapat

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menegur parti PAS agar tidak terus mencerca orang lain hanya disebabkan perbezaan pendapat.
Menurut beliau, PAS yang memperjuangkan Islam sepatutnya tahu bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan diadili oleh Allah di akhirat kelak.
"Perkataan Islam disebut dalam PAS, adakah mereka lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.
"Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?," katanya kepada mStar Online.
Dr Asri juga menyifatkan isu 'Kerajaan Perpaduan' adalah satu contoh yang menunjukkan PAS bukan hanya mencerca pihak lain malah pemimpin-pemimpin mereka yang menyokong konsep tersebut turut menerima nasib yang sama.
"Sehingga kepada sesama sendiri pun dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'," katanya.
Tegasnya, ada pihak dalam PAS sendiri yang menghalalkan cercaan itu dengan memberikan alasan 'orang lain' lebih teruk.
"Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?
"Apa akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki'," ujar belia lagi.
Dr. Asri juga tidak menolak kemungkinan PAS akan bertindak menghina beliau selepas kenyataannya ini dikeluarkan.
"Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.
"Mereka maki Tan Sri Harussani (Mufti Perak) apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya... dulu, mereka juga pernah memaki saya," katanya.
Dr. Asri menjelaskan, beliau bukan bermusuh kepada PAS tetapi ia hanya sebagai teguran seperti mana yang pernah dilakukannya terhadap parti Umno.
Beliau berharap pemimpin tertinggi PAS dapat menasihati ahli-ahli mereka terutama yang menjadikan laman blog sebagai medium untuk mencerca orang lain supaya lebih berakhlak.
Jelasnya, generasi muda pada masa ini semakin bijak menilai bahawa budaya politik maki hamun dan carut-marut hanya kerana perbezaan pendapat bukan akhlak

mstar

Friday, July 3, 2009



Hapuskan kuasa "warlord" di dalam UMNO
KUALA LUMPUR 24 Jun - Perubahan sama ada pemilihan pucuk pimpinan UMNO dibuat oleh 2.3 juta ahlinya atau di tangan 10,000 ahli peringkat bahagian akan ditentukan melalui maklum balas yang sedang dikumpul oleh sebuah jawatankuasa teknikal.Jawatankuasa teknikal yang ditubuh di bawah Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan itu kini sedang berusaha mendapatkan pandangan dan maklum balas ahli.



KOMEN:Apa juga pindaan perlembagaan UMNO yang bakal dibuat perkara yang terpenting ialah menghapuskan kuasa-kuasa ”warlord” peringkat UMNO Bahagian iaitu mereka yang terdiri dari Ketua Bahagian, Timbalan ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian.Mereka angkuh kerana secara automatik mereka menjadi Perwakilan Bahagian yang mewakili keseluruhan ahli-ahli UMNO di dalam sesuatu bahagian itu.Apabila mereka secara automatik menjadi perwakilan mereka merasakan diri mereka besar, mereka meletak harga yang mahal kepada sesiapa juga yang ingin bertanding diperingkat Majlis Kerja Tertinggi. Mereka tahu mereka akan disembah oleh calun-calun AMKT untuk mendapatkan undi dari mereka.Menyedari ada imbuhan dari jawatan itu mereka akan berlumba-lumba bertanding mengejar kuasa di dalam pertandingan bahagian sehingga memporak-perandakan cawangan-cawangan yang tidak menyokong mereka.Suara-suara akar umbi ahli-ahli di bawah yang tidak menyokong mereka akan dicantas di peringkat bahagian dan lazimnya suara-suara akar umbi tidak sampai kepada pucuk pimpinan tertinggi kerana ditapis dan bijak berlakon dengan bermain wayang.Apabila mereka berkuasa selepas pertandingan diperingkat bahagian mereka mula berlumba-lumba mengejar projek, saham, permit, AP dan jawatan kadangkala mengambil pendekatan agresif dengan mengugut pemimpin-pemimpin tertinggi MKT yang bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri.Kelazimannya mereka menjadi ”power brocker” atau barua tauke-tauke besar yang menerajui BSKL malah ada juga yang menjadi barua syarikat dari Singapura.Mereka menagih persen dari tauke-tauke kononnya untuk menjaga ketua-ketua cawangan dan politik di dalam bahagian mereka.Oleh kerana kesibukan mencari kepentingan peribadi ahli-ahli di akar umbi yang rata-rata setia kepada parti telah terabai dan hanya menjadi alat mereka. Apabila berkuasa mereka langsung lupa kepada ahli-ahli di bawah.Aktiviti-aktiviti masyarakat tidak dijalankan. Ketua-ketua cawangan yang lazimnya menjadi sumber rujuk rakyat bawahan tidak mendapat ”support” dari mereka sehingga hilang kredibiliti sebagai ketua-ketua cawangan dan masa inilah pembangkang mengambil peluang.Yang mengeciwakan lagi apabila berlaku pilihanraya jika nama mereka tidak dicalunkan mereka mula memboikot dan menyusahkan jentera pilihanraya BN. Istilahnya ”kalau kepala tak dapat biar telinga aku pulas”Kesimpulannya ”warlord-warlord” ini menyondol pemimpin atasan, menindas ahli bahawan dan berkuasa memboikot pilihanraya. Untuk itu satu kaedah perlu diambil untuk menghapuskan kuasa-kuasa mereka ini. UMNO akan SELAMAT dan SIHAT WAL'AFIAT.
sumber:mummy rokiah

Saturday, June 27, 2009

Pergi jalanlah DAP
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan tindakan seorang pemimpin DAP yang mahu pertubuhan itu diharamkan atas alasan perjuangannya menakutkan orang bukan Melayu."Siapa DAP yang mahu Perkasa diharamkan, mereka ingat mereka siapa," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini melalui satu mesej SMS semalam."Perkasa tidak pernah melanggar apa jua undang-undang, tidak seperti pertubuhan-pertubuhan lain."Anggota bebas di Dewan Rakyat itu diminta mengulas kenyataan ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan ISA baru-baru ini.Dalam satu kenyataan semalam, wakil rakyat DAP itu berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu.Sehubungan itu, Manoharan bertanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa, 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.Ibrahim menambah, Perkasa mendukung perlembagaan negara terutama Perkara 153 mengenai hak-hak istimewa orang Melayu."Pergi jalanlah dengan DAP, mereka ini tidak sedar di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak," kata ahli parlimen Pasir Mas.Dalam pertemuan tersebut, Ibrahim memberitahu media bahawa perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep 1 Malaysia akan tetap memperkasa setiap perkara sama ada tersurat atau tersirat dalam perlembagaanIbrahim juga dilaporkan berkata jaminan oleh perdana menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.Konsep itu yang sedang dipromosi Najib juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.
Kiriman pada Tuesday, June 23 @ 15:30:26 MYT oleh obey_one
Sabtu Jun 27, 2009
Kaitkan Umno dengan komunis hanya kiasan - Nik Aziz
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan Umno dengan komunis dan ajaran sesat, hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.
"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya kepada Bernama di sini hari ini bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan Umno sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan.
Ekoran itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian semalam, membuat laporan polis kerana menganggap kenyataan Nik Aziz itu berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketengangan.
Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata beliau sedia menghadapi tindakan dan menjawab segala tuduhan Pemuda Umno.
Katanya beliau tidak takut kerana kenyataannya itu dibuat lebih berasaskan kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangannya.
Di Kuala Lumpur, Setiausaha Badan Perhubungan Umno WIlayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata Nik Aziz menjatuhkan harga dirinya sendiri dengan membuat tuduhan itu.
Sambil menggesa Nik Abdul Aziz segera meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Syed Ali berkata beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar itu telah diperalat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP untuk menghancurkan perpaduan Melayu.
Syed Ali meminta kepimpinan Pas menasihati Nik Aziz agar mengawal percakapannya bagi mengelak berlakunya perpecahan umat Islam.BERNAMA

Wednesday, June 24, 2009

GUAN ENG KATA HADI PENIPU? Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka."Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita."Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar."Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.Petikan dari Malaysiakini.
Islam tidak pernah menggalakkan umatnya berpecah belah malah menyuruh mereka bersatupadu. Agama mesti didahulukan, bukannya parti