Friday, July 3, 2009



Hapuskan kuasa "warlord" di dalam UMNO
KUALA LUMPUR 24 Jun - Perubahan sama ada pemilihan pucuk pimpinan UMNO dibuat oleh 2.3 juta ahlinya atau di tangan 10,000 ahli peringkat bahagian akan ditentukan melalui maklum balas yang sedang dikumpul oleh sebuah jawatankuasa teknikal.Jawatankuasa teknikal yang ditubuh di bawah Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan itu kini sedang berusaha mendapatkan pandangan dan maklum balas ahli.



KOMEN:Apa juga pindaan perlembagaan UMNO yang bakal dibuat perkara yang terpenting ialah menghapuskan kuasa-kuasa ”warlord” peringkat UMNO Bahagian iaitu mereka yang terdiri dari Ketua Bahagian, Timbalan ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian.Mereka angkuh kerana secara automatik mereka menjadi Perwakilan Bahagian yang mewakili keseluruhan ahli-ahli UMNO di dalam sesuatu bahagian itu.Apabila mereka secara automatik menjadi perwakilan mereka merasakan diri mereka besar, mereka meletak harga yang mahal kepada sesiapa juga yang ingin bertanding diperingkat Majlis Kerja Tertinggi. Mereka tahu mereka akan disembah oleh calun-calun AMKT untuk mendapatkan undi dari mereka.Menyedari ada imbuhan dari jawatan itu mereka akan berlumba-lumba bertanding mengejar kuasa di dalam pertandingan bahagian sehingga memporak-perandakan cawangan-cawangan yang tidak menyokong mereka.Suara-suara akar umbi ahli-ahli di bawah yang tidak menyokong mereka akan dicantas di peringkat bahagian dan lazimnya suara-suara akar umbi tidak sampai kepada pucuk pimpinan tertinggi kerana ditapis dan bijak berlakon dengan bermain wayang.Apabila mereka berkuasa selepas pertandingan diperingkat bahagian mereka mula berlumba-lumba mengejar projek, saham, permit, AP dan jawatan kadangkala mengambil pendekatan agresif dengan mengugut pemimpin-pemimpin tertinggi MKT yang bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri.Kelazimannya mereka menjadi ”power brocker” atau barua tauke-tauke besar yang menerajui BSKL malah ada juga yang menjadi barua syarikat dari Singapura.Mereka menagih persen dari tauke-tauke kononnya untuk menjaga ketua-ketua cawangan dan politik di dalam bahagian mereka.Oleh kerana kesibukan mencari kepentingan peribadi ahli-ahli di akar umbi yang rata-rata setia kepada parti telah terabai dan hanya menjadi alat mereka. Apabila berkuasa mereka langsung lupa kepada ahli-ahli di bawah.Aktiviti-aktiviti masyarakat tidak dijalankan. Ketua-ketua cawangan yang lazimnya menjadi sumber rujuk rakyat bawahan tidak mendapat ”support” dari mereka sehingga hilang kredibiliti sebagai ketua-ketua cawangan dan masa inilah pembangkang mengambil peluang.Yang mengeciwakan lagi apabila berlaku pilihanraya jika nama mereka tidak dicalunkan mereka mula memboikot dan menyusahkan jentera pilihanraya BN. Istilahnya ”kalau kepala tak dapat biar telinga aku pulas”Kesimpulannya ”warlord-warlord” ini menyondol pemimpin atasan, menindas ahli bahawan dan berkuasa memboikot pilihanraya. Untuk itu satu kaedah perlu diambil untuk menghapuskan kuasa-kuasa mereka ini. UMNO akan SELAMAT dan SIHAT WAL'AFIAT.
sumber:mummy rokiah

No comments:

Post a Comment